Anda berada di: Halaman Utama

Penyembelihan Ayam

E-mail Cetak PDF

Belum pandai sembelih belajar pegang dulu
10 Mac 2012:SMITA

Aktiviti menyembelih 30 ekor ayam kampung dan gotong royong memasak merupakan aktiviti pertama pelajar bersama Kelab Penyokong SMITA. Aktiviti penyembelihan dan gotong royong dilakukan secara santai di belakang bangunan kelas SMITA, dengan memasang tuku dapur dan menyediakan tempat mencabut bulu ayam dan memotong ayam. Sebanyak 30 ekor ayam kampung telah ditaja oleh salah seorang bapa pelajar SMITA.

Tujuan aktiviti ini adalah untuk memberi ilmu secara praktikal kepada pelajar mengenai cara penyembelihan ayam seperti rukun penyembelihan, syarat sah penyembelihan, perkara-perkara sunat semasa penyembelihan, perkara-perkara makruh semasa penyembelihan, alat penyembelihan yang perlu digunakan dan bahagian ayam yang akan disembelih. Ia merupakan pengalaman baru kepada pelajar SMITA kerana kebanyakan pelajar berasal daripada Kuala Lumpur dan belum pernah melakukan aktiviti ini. Aktiviti menyembelih dan gotong royong ini turut diceriakan dengan kehadiran AJK Kelab Penyokong SMITA, ibu bapa pelajar dan kakitangan SMITA yang semuanya berjumlah 60 orang tetamu.

Semua pelajar kelihatan gembira dan menunjukkan kerjasama yang amat baik sekali. Semua pelajar dan tetamu menikmati hidangan yang sangat enak dan membuka selera pada hari tersebut iaitu ayam kampung masak rendang, , ayam masak lemak cili padi, hati dan pedal masak kicap, ketupat daun palas, kari daging, air kelapa lemon laici, kuih mueh serta buah-buahan. Majlis berakhir tepat pada jam 2.00 petang dan pelajar pulang ke rumah masing-masing sempena cuti penggal pertama.
Belajar sembelih ayam, satu program Kelab Penyokong SMITASambil itu orang dapur...bersiap sediaKena siang, basuh pulak Nak kena cabut buluAh, baru boleh makan. Yang tua didahulukanAhli-ahli Jawatankuasa Kelab Penyokong...Menikmati masakan anak-anak mereka