Anda berada di: Halaman Utama

Ke Cameron Highland

E-mail Cetak PDF

07 JULAI 2012
Lawatan sambil belajar ke Cameron Highland merupakan satu pengalaman baru bagi pelajar-pelajar SMITA. Seramai 18 orang pelajar dan  5 orang guru pengiring telah menyertai lawatan tersebut dan ianya sungguh menggembirakan. Perjalanan dimulakan seawal  jam 7.00 pagi dan telah tiba di sana lebih kurang pada jam 10.00 pagi. MARDI merupakan destinasi pertama yang dilawati. Pelajar berpeluang melihat sendiri panaroma yang sungguh indah dengan kepelbagaian pokok-pokok bunga beriklim sejuk, tanaman herba, sayur-sayuran dan strawberry.

Taman rama-rama turut dilawati selain melawat ladang teh dan membeli belah. Pelajar kelihatan sungguh gembira terutamanya ketika membeli belah. Kemahiran membeli  seperti tawar menawar semasa membeli belah turut dipraktikkan oleh pelajar bagi mendapatkan harga yang berpatutan. Jam 130 petang pelajar berhenti makan di restoran KFC dan solat zohor (Jamak) di Masjid. Kepenatan membeli-belah serta melawat sekitar Cameron Highland berakhir pada jam 4.30 petang  dan semua pelajar dan guru pengiring tiba di SMITA lebih kurang pada jam 730 malam kerana hujan lebat ketika itu.

SILA KLIK PADA GAMBAR PILIHAN UNTUK LIHAT SAIZ YANG LEBIH BESAR