Anda berada di: Halaman Utama

Perjumpaan Ibubapa

E-mail Cetak PDF

 

31 OGOS 2012

Majlis menandatangani keputusan ujian bulanan pelajar dan jamuan Aidilfitri telah diadakan di SMITA bagi memberi peluang kepada ibu bapa dan guru membincangkan prestasi pencapaian akademik pelajar. Disamping membincangkan prestasi pencapaian pelajar, pertemuan seumpama ini dapat mewujudkan hubungan yang baik diantara ibu bapa dan guru serta pihak sekolah. Ujian bulanan bagi bulan Ogos merupakan ujian pertama bagi semua mata pelajaran Akademik dan Diniah.

Setelah selesai majlis menandatangani keputusan ujian bulanan, majlis diteruskan dengan sambutan Aidilfitri. Berbagai juadah yang menyelerakan telah disajikan. SMITA menyediakan ketupat dan rendang ayam sebagai menu utama dan selebihnya adalah daripada ibu bapa yang membawa juadah secara portluck. Kemeriahan hari raya dapat dirasai dan semua yang hadir sangat gembira.