Anda berada di: Halaman Utama

Kata-kata Aluan Pengerusi KPSMITA

E-mail Cetak PDF

alt

 

alt

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT di atas segala limpahan rahmatNya, selawat dan salam buat Nabi Muhammad SAW dan keluarga baginda. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk menukilkan sepatah dua kata menerusi ruangan ini.

Sejak beroperasinya SMITA di Teluk Intan, daya tarikan yang terdapat di SMITA telah menjadikan SMITA antara sekolah pilihan ibu bapa dari serata Malaysia untuk anak-anak mereka melanjutkan pelajaran apabila melangkah masuk ke alam persekolahan di peringkat menengah. Selaku Pengerusi Kelab Penyokong SMITA Sesi 2016/2017, saya amat berbangga dengan perkembangan ini. Selain daripada program pembelajaran yang ditawarkan di SMITA yang menfokuskan kearah memberi ilmu, mencungkil dan mengembangkan potensi pelajar, sudah semestinya daya tarikan di SMITA juga terhasil daripada kejayaan demi kejayaan yang diperolehi baik dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum.  Sehubungan itu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah kepada pihak pengurusan SMITA, semua pelajar, guru-guru serta ibu bapa yang terlibat dalam memberikan kerjasama dan komitmen yang tidak putus-putus dalam mencipta kejayaan demi kejayaan  sehingga SMITA dikenali seperti hari ini.

Apabila berbicara tentang kerjasama dan komitmen, dua kata kunci ini sewajarnya dijadikan sebagai tunjang dalam usaha untuk mencapai kejayaan. Tiada jalan pintas untuk mencapai kejayaan sebaliknya kerjasama dan komitmen dalam usaha yang berterusan adalah amat dituntut. Saya amat berbangga atas inisiatif guru-guru dan AJK KP SMITA dalam membantu kearah kecemerlangan pelajar dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Sebagai contoh, dengan hanya mengedarkan surat makluman kepada ibu bapa pelajar SMITA jika ada yang ingin bersedekah jariah bagi menampung kos program-program yang dilaksanakan dibawah KP SMITA, sumbangan yang diterima adalah diluar jangkaan. Jutaan terima kasih diucapkan, semoga Allah menganugerahkan ganjaran kesihatan tubuh badan dan merahmati kehidupan para penderma. Ini membuktikan ibu bapa sentiasa memberikan komitmen dan kerjasama untuk kejayaan anak-anak. Selain itu, terdapat juga ibu bapa yang memberikan sumbangan kearah kemajuan SMITA dengan cara berkongsi idea, ilmu dan kepakaran melalui sesi bengkel dan ceramah motivasi kerjaya bagi membuka minda pelajar untuk menempuh kehidupan mendatang  serta banyak lagi aktiviti pelajar yang telah  mendapat bantuan dan bimbingan daripada ibu bapa. Inilah budaya kerjasama dan komitmen dari kalangan ibu bapa yang telah wujud di SMITA. Semoga budaya seperti ini dapat terus berkembang dengan hadirnya ibu bapa pelajar baharu SMITA sebagai ahli KP SMITA.

Akhir kata, marilah kita sama-sama berdoa kehadrat Allah SWT, agar pelajar sulung SMITA yang telah menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2016 mendapat keputusan yang cemerlang. Terima kasih kepada guru-guru yang telah bertungkus lumus membimbing pelajar berkenaan. Seterusnya marilah kita sama-sama turut berdoa agar pada tahun 2017 ini dan tahun-tahun seterusnya, pelajar SMITA akan terus mengorak langkah kejayaan dan kecemerlangan sebagai seorang muslim yang syumul, berjaya didunia dan diakhirat.

Sekian, wassalam

 

MOHD SIDEK AL-MUNADI BIN ABDUL RAZAK

Pengerusi KP SMITA 2016/2017