Anda berada di: Halaman Utama

Sejarah Ringkas Puan Mahanum

E-mail Cetak PDF

alt

Hajjah Mahanum Binti Itam

Hajjah Mahanum Binti Itam memegang ijazah BA (Hons) Universiti Malaya dan MBA, University Strathclyde, Glasgow, Scotland.Berkhidmat dalam Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD), beliau berpengalaman luas dengan penempatannya di Kementerian Pertahanan, Kesihatan, Universiti Hospital,Kementerian Luar Bandar, MITI, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan.  Beliau bersara pada tahun 2003 dari jawatannya sebagai Ketua Pengarah, Jabatan Perumahan Negara.
 

Seorang yang berjiwa kebajikan, Puan Mahanum menubuhkan Sekolah Rendah Islam Tahfiz Al-Amin di Chenderong Balai, Teluk Intan, Perak pada tahun 2001.Pada 2004 selepas bersara mengurus dan menanggung anak-anak yatim/miskin hampir bersendirian dengan hanya bantuan dari sahabat-sahabatnya. Kini Puan Mahanum menaja bayaran sebahagian yuran bagi 5 orang pelajar yatim dan miskin di SMITA.

 

Beliau telah mewakafkan tanah seluas 6 ekar kepada Majlis Agama Islam Perak pada tahun 2012 dan pihak Majlis Agama Islam Perak menyerahkan urusan mentadbir sekolah Menengah Islam Tahfiz Al-amin kepada Jamaah Pengurusan yang dilantik mewakili Pertubuhan  Kebajikan An-nida Malaysia.Beliau juga berperanan menguruskan pembinaan blok-blok bangunan kelas dan asrama dengan menggunakan  duit sendiri dan sumber kewangan  pelbagai pihak yang menyumbang derma terutama daripada pihak kerajaan, NGO dan individu untuk pembangunan SMITA.