Anda berada di: Halaman Utama

PENUBUHAN SMITA BAGI PELAJAR PEREMPUAN

E-mail Cetak PDF

 PENUBUHAN CAWANGAN BAGI PELAJAR PEREMPUAN

alt

NO. TEL PEJABAT SMITA PUTERI (BARU) :  03-78590084

Alhamdulillah, SMITA telah beroperasi hampir empat tahun sebagai sekolah menengah integrasi bagi pelajar lelaki dari kampusnya di Chenderong Balai, Teluk Intan, Perak.

Oleh kerana kesempitan kawasan sekolah beserta dengan kebimbangan akan timbul masalah-masalah sosial  jika diambil pelajar perempuan, SMITA telah terus dengan dasarnya mengambil pelajar lelaki sahaja, walaupun ramai ibubapa yang telah menyuarakan keinginan memasukkan anak perempuan mereka ke sekolah ini.

 

Berikut keputusan Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa’ Malaysia (Al-Nidaa’) menubuhkan sekolah rendah integrasi di Subang Delima, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan yang akan mula beroperasi pada Januari 2016, SMITA mencadangkan penubuhan cawangan ditempat sama bagi menempatkan pelajar-pelajar perempuan, sejajar dengan hasrat Al-Nidaa’ untuk menubuhkan sebuah sekolah seperti SMITA khusus untuk pelajar-pelajar perempuan di Hulu Langat, Selangor. Menurut Al-Nidaa’ projek pembangunan sekolah di Hulu Langat itu dalam proses mendapatkan kelulusan-kelulusan rasmi  dan mungkin memakan masa tiga tahun atau lebih untuk siap.

Pelajar-pelajar di Cawangan Subang Delima akan dipindahkan ke Kampus Sekolah Hulu Langat itu bila siap nanti.

Cawangan SMITA (P) di Subang Delima itu adalah bersebelahan dengan Subang Bestari, dan banyak lagi taman-taman perumahan yang boleh didatangi dari Kota Damansara, Bukit Jelutong, Shah Alam, Subang Airport dan Sungai Buloh di satu kawasan yang sedang pesat membangun. Help International School bersebelahan dan Help University sedang dibangunkan disitu.

Bangunan sekolah adalah satu dari tiga unit rumah-rumah kedai tiga tingkat, yang telah disewa oleh sekolah rendah Al-Nidaa’ yang diberi nama Mutiara Integrated Primary School.

Bangunan akan diawasi oleh khidmat keselamatan 24jam disamping pelajar-pelajar akan dijaga oleh warden (perempuan).

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pengetua atau Tuan Hj Zainuddin Alang Mamat (012-2820244) atau hubungi pejabat SMITA PUTERI  03-78590084

 

KLIK DI SINI UNTUK DAFTAR SESI 2016

 

LOKASI SMITA PUTERI 

KLIK PADA IMEJ UNTUK LEBIH JELAS (GOOGLE MAPS)

 

alt