Anda berada di: Halaman Utama

TIGA ANUGERAH PERINGKAT ASIA BUAT SMITA

E-mail Cetak PDF

 

alt

SMITA 1ST RUNNER UP OVERALL RERO INTERNATIONAL COMPETITION  2016

 

 

alt

Wira-wira Robotik SMITA : 1ST RUNNER UP OVERALL RERO INTERNATIONAL COMPETITION  2016

 

TIGA ANUGERAH PERINGKAT ASIA BUAT SMITA: NAIB JOHAN KESELURUHAN RERO INTERNATIONAL COMPETITION, 1 ST RUNNER-UP RERO LINE RACING & BEST DESIGN RERO TUNNEL ESCAPE

24 Julai, Gombak - Alhamdulillah, Tahniah dan Syabas! Kepada pasukan Rero SMITA kerana ditabalkan sebagai NAIB JOHAN KESELURUHAN RERO INTERNATIONAL COMPETITION, 1 ST RUNNER-UP RERO LINE RACING & BEST DESIGN RERO TUNNEL ESCAPE dalam AL AMIN ROBOTIC CHALLENGE 2016 (ARC'16) yang berlangsung selama dua hari mulai 23-24 Julai 2016 sempena Sambutan 30 Tahun Pusat Pendidikan Al-amin.
SMITA telah menghantar 3 pasukan untuk bertanding, dua pasukan untuk Rero Line Racing dan satu pasukan lagi untuk Tunnel Escape. Pertandingan yang bertaraf ASIA ini disertai oleh 32 buah sekolah daripada tiga buah negara iaitu Indonesia, Singapura dan Malaysia.

 

Pengerusi Lembaga Pusat Pendidikan Al-amin, Haji Shahrom Menyampaikan Hadiah 1 ST RUNNER-UP RERO LINE RACING 

Hadiah 1 ST RUNNER-UP RERO LINE RACING disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Pusat Pendidikan Al-amin, Haji Shahrom kepada Team SMITA Rero B (Haziq Haiqal, Fakruddin dan ‘Ibad Al-Rahman). Mereka menerima sijil dan boucer Rero bernilai RM600. Manakala SMITA Rero C (Fikri, Azhar dan Fateh), menerima anugerah BEST DESIGN RERO TUNNEL ESCAPE. Mereka menerima sijil dan boucer Rero bernilai RM400. Manakala SMITA Rero C (Iqram, Muttaqin dan Raja Amir) hanya sampai di peringkat suku akhir. Segala ketentuan daripada Allah. Alhamdulillah

 

Pengerusi Lembaga Pusat Pendidikan Al-amin, Haji Shahrom Menyampaikan Hadiah 1 ST RUNNER-UP RERO TUNNEL ESCAPE

 

Dengan dua kemenangan dan satu di suku akhir itu, Pasukan Robotik SMITA telah dinobatkan sebagai NAIB JOHAN keseluruhan RERO INTERNATIONAL COMPETITION daripada 51 pasukan yang bertanding dari negara Indonesia dan Malaysia. Mereka menerima piala dan wang tunai RM150.

Terima kasih dan syabas kepada semua peserta, Cikgu Izmer (Pengurus Pasukan), Cikgu Qhalid (Guru Kelab Robotik), guru-guru lain yang bekerja keras sehingga mencapai kejayaan ini. Tidak lupa juga kepada ibu bapa pelajar yang turut membantu dan memberikan sokongan.

Sekali lagi pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan sokongan dan doa kepada pasukan robotik SMITA

#Gambar-gambar semasa pertandingan

Sesi Latihan dan pengubahsuaian robot.

 

ketelitian dan kesungguhan..menguji robot

 

Persiapan Akhir Sebelum Pertandingan

 

 Pertandingan Rero Tunnel Escape Sedang Dijalankan

 

 Pertandingan Rero Line Racing sedang dijalankan

 

Senyum dalam Kesyukuran.. Atas anugerah Allah