Anda berada di: Halaman Utama

SMITA JOHAN DUA KATEGORI HAFAZAN AL-QURAN SAMBUTAN 30 TAHUN PPAA.

E-mail Cetak PDF

 

 

 

30 Julai, Kuala Lumpur - Alhamdulillah, syukur tidak terhingga kepada Pencipta Semesta Alam, apabila peserta daripada SMITA telah dinobatkan sebagai Johan untuk dua kategori Hafazan Al-quran yang dipertandingkan sempena Sambutan Ulang Tahun ke-30 Pusat Pendidikan Al-amin.

FARHAN ISKANDAR BIN ALIAS (TING 4) telah berjaya merebut tempat pertama (Johan) Pertandingan Hafazan juzuk 1-5. Manakala adiknya SAFWAN ZULKARNAIN BIN ALIAS (3 IS) berjaya sebagai johan bagi kategori Hafazan (Imlaie) Juzuk 1 dan 29.

 

 

 

Namun bagi kategori Hafazan Juzuk 1-10, pelajar SMITA bejaya di kedudukan ketiga yang disandang oleh AHMAD MUTTAQIN BIN ABDUL RAHIM (TING 4). FAKRUDDIN BIN SHAHRIL (2 IS) juga berjaya mendapat kedudukan ketiga bagi Kategori Hafazan Imlaie (juzuk 1 dan 29).

 

JOHAN  Hafazan Juzuk 1-5

 

JOHAN  Hafazan (Imlaie) Juzuk 29 & 1

 

TAHNIAH DAN SYABAS! kepada pelajar atas kejayaan ini. Begitu juga kepada guru yang melatih pelajar iaitu Ustaz Danial dan Ustaz Nizairi. Terima kasih juga kepada sokongan ibu bapa yang sentiasa menaikkan motivasi pelajar dalam pertandingan ini.
 
 

Kepada peserta yang tidak berjaya, jangan sedih dan hilang semangat, kerana pertandingan ini merupakan salah satu medan untuk menimba pengalaman dan terus berusaha membaiki kualiti hafazan dan bacaan al-quran.

Kepada Allah kita bersujud dan bersyukur atas nikmat yang diberikanNya.