Anda berada di: Halaman Utama

PELAJAR SMITA DIANUGERAHKAN HAFIZ MUDA NEGERI PERAK 2016

E-mail Cetak PDF

 

7 OKTOBER, IPOH - Alhamdulillah dan syukur yang tidak terhingga apabila seorang pelajar SMITA iaitu MIQDAD BIN MOHD FADHALI (5ST) telah dinobatkan sebagai penerima ANUGERAH HAFIZ MUDA NEGERI PERAK 2016. Anugerah ini disampaikan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Dr. Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah.

 

MIQDAD BIN MOHD FADHALI merupakan pelajar yang mula menghafal Al-quran di SMITA mengikut silibus yang telah dijalankan, beliau telah melepasi 10 juzuk hafazan. Disebabkan hasrat dan semangat yang kuat beliau telah berjaya menghabiskan hafazan 30 Juzuk dalam masa 5 tahun di SMITA. Kejayaan ini pastinya menjadi pembakar semangat pelajar-pelajar lain.

 

TAHNIAH DAN SYABAS.. BUAT MIQDAD BIN MOHD FADHALI DAN KELUARGA..

 

#ALQURANPANDUANUMATISLAM

========================================
Sertai keluarga besar SMITA untuk menjadi seorang HAFIZ AL-QURAN... sila layari ; www.smita.edu.my

atau daftar terus di link ini:http://my01.awfatech.com/smita/sps/edaftar/reg.php
=========================================