Anda berada di: Halaman Utama

Sekapur Sirih daripada Pengetua SMITA 2019

E-mail Cetak PDF

Image result for pengetua smita

بسم الله الرحمن الرحيم.

الحمد لله رب العلمين،والصلاة و السلام على اشرف الأنبياء و المرسلين و على آله و صحبه اجمعين.

Saya ingin mengambil kesempatan yang berharga ini untuk mengucapkan selamat datang kepada semua pengunjung laman web rasmi Sekolah Menengah Islam Tahfiz Al-Amin. Terima kasih atas kesudian anda meluangkan masa melawat kami secara atas talian.

Dunia pendidikan di Malaysia dilihat berkembang dengan begitu pantas. Pelbagai penambahbaikan dibuat bagi memastikan sIstem pendidikan sedia ada kekal relevan dan mapan dalam mendepani cabaran yang datang seiring kepesatan kemajuan alaf baru. Usaha besar serta komitmen tinggi yang diberikan belum tentu dapat menangani cabaran dan rintangan yang bakal dihadapi sekiranya kerjasama yang kukuh antara semua pihak tidak dapat dicapai.

Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi telah sekian lama membantu para guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid di sekolah. Maklumat berkaitan pembelajaran dapat diperoleh dengan mudah di laman-laman sesawang sedia ada. Namun begitu, pemantauan berterusan terhadap aktiviti anak-anak pelajar ketika melayari internet adalah amat penting bagi memastikan tiada perkara tidak sewajarnya terjadi.

Ini merupakan cabaran utama para pendidik serta ibu bapa dalam mendidik anak-anak zaman sekarang . Usaha dan kerjasama lebih bersepadu dan erat perlu digembleng bagi memastikan anak-anak kita mampu menghadapi cabaran-cabaran ini dengan sikap matang dan terpimpin.

Saya mengucapkan selamat bertugas kepada semua warga pendidik SMITA. Marilah kita berdoa agar usaha ini dirahmati Allah dan diganjari syurga teragung di akhirat nanti.

Sekian, wassalam.

Ustaz Mohamad Akmal Aidi Bin Kamarulzaman

Pengetua