Anda berada di: Halaman Utama Profail Jamaah Pengurusan

JAMAAH PENGURUSAN SMITA

E-mail Cetak PDF

alt

 

 

alt

AL-FADHIL USTAZ DR HAJI ANZARUDDIN BIN HAJI AHMAD

Beliau adalah seorang ahli akademik yang mempunyai latar belakang pendidikan yang ‘holistic & integrated’ dari pelbagai institusi pengajian tinggi di Barat, Timur Tengah dan Malaysia. Beliau mendapat B.Sc. (Hons) Pengurusan Antarabangsa dari California State Universiti, B.A.(Hons) Bahasa & Linguistik Arab dari Universiti Malaya, Post-Graduate Diploma (Pengajian Islam - Syariah) dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Sijil Tinggi Bahasa & Budaya Arab dari Kementerian Pengajian Tinggi Mesir, dan M.A. dalam Bahasa Arab Untuk Pengajian al-Quran dari Universiti Malaya. Sekarang ini beliau sedang menyiapkan Tesis PhDnya dalam bidang Fiqh Hadith dari Universiti Malaya.

Di samping itu, peluang berguru dengan para ‘ulama di Mesir, Indonesia dan Malaysia banyak memberi nilai tambah kepada ilmu Islamnya. Pengalaman melakukan kajian terhadap umat Islam dan terlibat dalam gerakan dakwah di Amerika Syarikat, Australia, Indonesia dan Malaysia banyak membantu mematangkan pendekatan dakwahnya dan memperluaskan spektrum ilmunya. Pengalaman beberapa tahun memimpin persatuan pelajar semasa di universiti juga banyak membantu beliau mengasah bakat kepimpinannya.

Beliau adalah seorang pendakwah bertauliah JAIS yang dipertanggung-jawabkan untuk mengisi pelbagai program termasuk pengajian berkitab, kuliah maghrib / subuh,  kelas-kelas muslimat, forum bicara Islam, kelas Bahasa Arab dan lain-lain lagi terutamanya di Lembah Kelang. Beliau juga adalah seorang guru pembimbing jamaah Haji dan Umrah yang berpengalaman.

Dari segi kerjaya, beliau pernah bertugas dengan syarikat petroleum Multinasional tempatan di Kuala Lumpur dan Khartoum, Sudan selama hampir lapan tahun. Beliau pernah mengajar selama lebih kurang dua tahun di peringkat sekolah menengah dan kolej, dan sehingga ke hari ini beliau telah hampir 10 tahun mengajar di salah sebuah universiti awam tempatan (IPTA). Artikel-artikel akademik yang dihasilkan oleh beliau telah banyak dibentang dan diterbitkan di United Kingdom, Jerman, Tunisia, Indonesia dan Malaysia.

 

alt

HAJJAH MAHANUM BINTI ITAM

Hajjah Mahanum Binti Itam memegang ijazah BA (Hons) Universiti Malaya dan MBA, University Strathclyde, Glasgow, Scotland.Berkhidmat dalam Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD), beliau berpengalaman luas dengan penempatannya di Kementerian Pertahanan, Kesihatan, Universiti Hospital,Kementerian Luar Bandar, MITI, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan.  Beliau bersara pada tahun 2003 dari jawatannya sebagai Ketua Pengarah, Jabatan Perumahan Negara.

Seorang yang berjiwa kebajikan, Puan Mahanum menubuhkan Sekolah Rendah Islam Tahfiz Al-Amin di Chenderong Balai, Teluk Intan, Perak pada tahun 2001.Pada 2004 selepas bersara mengurus dan menanggung anak-anak yatim/miskin hampir bersendirian dengan hanya bantuan dari sahabat-sahabatnya. Kini Puan Mahanum menaja bayaran sebahagian yuran bagi 31 orang pelajar yatim dan miskin di SMITA.

 

alt

USTAZ MOHAMAD AKMAL AIDI BIN KAMARULZAMAN

Ustaz Mohamad Akmal Aidi Bin Kamarulzaman dilahirkan di Kuala Lumpur pada tanggal 14 Ogos 1986. Beliau mendapat pendidikan awal  di Sekolah Kebangsaan Sultan Alam Shah (1), Petaling Jaya. Kemudian meneruskan pendidikan menengah di  Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bahru dan Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBEST), USJ 5 Subang Jaya. Beliau juga telah mengikuti program Matrikulasi di Kolej Matrikulasi Perak. Beliau memprolehi Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Bioteknologi Makanan  di Universiti Sains Islam  Malaysia dan mengikuti pengajian Bahasa Arab di University Al-Albayt, Mafraq, Jordan.

Ustaz Akmal Aidi memulakan kerjaya dalam bidang keguruan sebagai guru JAIPk di Maahad Attaufiqiah Aldiniah, Behrang Stesyen.  Disamping itu juga beliau mengajar pada sebelah petang di Sekolah Rendah Agama Sg.Selisek sebelum berpindah ke sekolah tahfiz di Melaka sebagai Mudir. Beliau mula menabur bakti di SMITA pada November 2014 sebagai guru Diniah, mengajar Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Biologi. Pada tahun 2017 beliau dinaikkan pangkat sebagai Pengetua setelah memangku jawatan tersebut dari bulan Jun - Disember 2016

 

alt

TUAN HAJI HASSAN BIN IBRAHIM

Tuan Haji Hassan Bin Ibrahim, dilahirkan pada tahun 1952 adalah seorang Peguambela dan Peguamcara yang memperolehi Sarjana Muda Undang-undang (Kepujian) dari Universiti Singapura pada tahun 1975. Beliau memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Undang-undang dengan Bank Pembangunan Malaysia Berhad pada tahun 1976 selama tiga (3) tahun sebelum menceburi bidang pelaburan dan perbankan di Bank yang sama untuk tahun-tahun berikutnya. Seterusnya pada tahun 1987 sehingga 1989 beliau dipinjamkan ke Pembangunan Leasing Corporation Sdn Bhd sebagai Ketua Eksekutif sebelum berhenti untuk mengamal bidang guaman.

Kini beliau menjalankan perniagaan sebagai Peguambela dan Peguamcara secara persendirian dibawah firma Tetuan Hassan & Associates. Beliau mempunyai pengalaman lebih 20 tahun sebagai pengamal undang-undang khususnya didalam bidang perundangan korporat, hartanah dan perbankan berdasarkan prinsip Shariah.

 

alt

CIKGU IDRIS BIN SALEH

Cikgu Idris Bin Saleh dilahirkan pada tahun 1975 di Muar, Johor. Beliau mendapat pendidikan Menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Kahang Timur, Kluang,  Sekolah Menengah Sultan Abdul Jalil, Kluang dan Sekolah Agama Darjah Khas, Kluang Johor. Beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya pada tahun 1995 dan mendapat ijazah B.A (Hons) Sastera (Bahasa Melayu) dan  telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda (Wataniah) oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Tuanku Jaafar pada tahun 1998.


Beliau telah memulakan kerjaya sebagai guru di Sekolah Menengah Teknik Cheras pada tahun  1999. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai guru SPM dan Ketua Jabatan Ekstra Kurikulum di Sekolah Menengah Islam Al-amin Gombak dari tahun 2002-2009. Pernah berkhidmat di Kolej Perbankan dan Kewangan Islam sebagai Pensyarah sambilan (2002-2003). Pada tahun 2010 beliau berkhidmat  di Institut Belia Negara, Chembong sebagai pensyarah IT secara Kontrak. Beliau juga pernah berkhidmat di Ma’ahad Tahfiz As-saidiyyah di Seremban pada tahun 2012 - 2013.  Mulai berkhidmat di SMITA pada Oktober 2014.


Beliau berminat dalam bidang latihan dan kepimpinan pelajar, mendaki gunung, berbasikal dan sukan lasak.

 

 

alt

TUAN HAJI AHMAD FAUDZI BIN MOHD YUSOF

Tuan Haji Ahmad Faudzi bin Mohd Yusof dilahirkan pada tahun 1947 dan berasal dari Lenggeng Negeri Sembilan. Ahmad Faudzi Bin Mohd Yusof ialah saorang pesara.Bekas pelajar Maktab Mara(sekarang UiTM) beliau menamatkan pengajiannya dalam jurusan perakaunan di United Kingdom dan mempunyai kelulusan professional Chartered Institute of Management Accountants UK.

Sekembalinya dari luar negeri beliau bekerja dengan sabuah syarikat multinasional Amerika selama 20 tahun menyandang pelbagai jawatan dalam bidang perakaunan dan sistem perakaunan. Dalam jangka masa tersebut beliau pernah bertugas di New Zealand, Indonesia,Singapura dan Hongkong sebelum kembali bertugas di Malaysia hingga bersara.

 

 

alt

TUAN HAJI AR OTHMAN BIN MOHAMAD

Tuan Haji AR Othman Mohamad, atau lebih dikenali dengan nama Mas Othman, APAM AIPDM, seorang akitek dengan ijazah B.Sc Arch dari Robert Gordon University Aberdeen Scotland, 1972.

Beliau memulakan karier akiteknya dengan bertugas sebagai Penolong Akitek di Hijjas Kasturi and Associates dari 1975-1976 dan selepas itu menunaikan khidmat negara selama 3 tahun di ibu pejabat JKR, Terengganu. Dalam tahun 1980, beliau membuka firmanya sendiri, Mas Othman Associates, yang beroperasi hingga kini.

Seorang muslim yang aktif, AR Othman berperanan sebagai imam masjid Al-Hidayah, Taman Melawati, Selangor dari 1995 hingga 1999. Dan kerana minatnya yang mendalam dibidang pendidikan Islam, beliau telah dan terus terlibat dalam penubuhan dan perjalanan beberapa sekolah Islam termasuk Sekolah Islam Adni di Kuala Lumpur dan Maahad Al-Manar di Kelantan.
 

 

alt

ENCIK ROMLI BIN ABDUL HAMID

Encik Romli Bin Abdul Hamid, walaupun di lahirkan di Kubang Pasu, Kedah membesar dan bersekolah di Chenderong Balai, Teluk Intan, Perak berikutan penghijrahan keluarganya. Setelah tamat pendidikan menengahnya sehingga ke tingkatan enam, beliau memilih untuk jadi guru dan mendapat latihan di Maktab Perguruan Mohd Khalid, Johor Bahru untuk Diploma Penguruan Asas.

Sejak permulaan kariernya sebagai seorang guru, di Sekolah Seri Besout, Slim River dalam 1985, Cikgu Romli telah mengumpul pengalaman mengajar di peringkat sekolah menengah lebih dari 26 tahun. Dalam tahun 1995 beliau sempat memperluaskan kemahirannya dengan memasuki Institut Bahasa Lembah Pantai, Kuala Lumpur untuk mendapat Diploma Perguruan Khas (Drama/sastera) Beliau juga telah mengikuti berbagai kursus, seminar dan bengkel dan terlibat dengan baranika aktiviti kurikulum dan kokurikulum.

Diluar kerja rasminya Cikgu Romli bergerak aktif dalam mempertingkatkan ilmu agamanya dan giat dalam penubuhan beberapa buah NGO dan kumpulan-kumpulan usrah.

 

 

alt

EN AHMAD KAMAL BIN ARIFFIN

Encik Ahmad Kamal bin Ariffin, lahir pada tahun 1961, memegang ijazah BSc. in Estate Management dari Heriot-Watt University, Edinburgh. Bekas pelajar MCKK, beliau memulakan kerjayanya dengan Island & Peninsular Bhd, sebuah syarikat pembangunan hartanah. Dari tahun 1987 hingga 1989 beliau bekerja dengan Bank of Commerce Bhd dalam sektor perbankan korporat sebelum meneruskan kerjayanya dengan Jami Company Sdn. Bhd., sebuah syarikat pelaburan modal teroka Arab Saudi di Malaysia.

Pada tahun 1994 beliau memilih untuk menjadi seorang usahawan dengan menceburi bidang perkilangan dan agensi insuran dan takaful. Setelah menjual perniagaan perkilangannya pada tahun 2004, beliau kini memberi tumpuan kepada perniagaan agensi insuran dan takaful. Melalui pengalaman kerjayanya beliau mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang hartanah, perkilangan dan pelaburan kewangan.

 

 

 

alt

USTAZAH HAJJAH DEWI MASLEHAH BINTI MD.YUSOP

Ustazah Hajjah Dewi Maslehah binti Md.Yusop dilahirkan pada tahun 1960 di Perak Darul Ridzwan. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Raja Isteri Fatimah, Brunei Darussalam,  Maahad  Al Ehya As-Syarif, Gunung Semanggul, Perak dan Kolej Islam Klang, Selangor. Beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya pada tahun 1978 dan mendapat ijazah B.A (Hons) Pengajian Islam 1981 dan  Diploma Pendidikan (B.Malaysia dan Geografi).

Beliau telah memulakan kerjaya sebagai guru di Sekolah Menengah Mantin pada tahun 1982. Beliau juga pernah berkhidmat di Sek.Men.King George V, Seremban, Sek.Men.Tarcisian Convent,Ipoh dan Sek.Men Petaling, Kuala Lumpur. Pada tahun 1990 beliau mula berkhidmat sebagai pensyarah di Maktab Perguruan Islam Bangi. 1993 beliau melanjutkan pelajaran semula di Universiti Malaya dan mendapat Ijazah M.Ed (Pedagogi dan Psikologi) 1996. Beliau juga pernah berkhidmat dengan Kerajaan Brunei sebagai Pegawai Pelajaran Agama dan kaunselor sehingga 2004. Berkhidmat di SMITA sebagai Pengetua mulai 2011 sehingga 2016.


Beliau berminat di bidang penulisan ilmiah dan sebahagian hasil penulisannya pernah diterbitkan dalam Jurnal Pendidikan Islam, Majalah Beriga dan Majalah Juara, Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei Darussalam.