Anda berada di: Halaman Utama

MAJLIS PECAH TANAH PROJEK BANGUNAN SMITA P

E-mail Cetak PDF

alt

 
PROJEK BANGUNAN SEKOLAH MENENGAH ISLAM TAHFIZ AL-AMIN (PUTERI)
 
MAKLUMAT LATAR BELAKANG
 
SMITA (P) merancang membangunkan sebidang tanah seluas 2½ ekar di Lot 13554, Batu 22½, Mukim Hulu Langat, Kuala Pangsun, 43100 Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan untuk menempatkan sekolahnya.
 
SMITA (P), yang merupakan cawangan Sekolah Menengah Islam Tahfiz Al-Amin yang bertapak di Chenderong Balai, Teluk Intan, Perak, telah mulai beroperasi sejak 2016 menyewa sebahagian dari premis sekolah saudaranya, Mutiara Integrated Primary School (MIPS) di Seksyen U4 Shah Alam, Selangor.
 
Di atas tanah tersebut telah dirancang pembinaan 15 buah bilik kelas berserta makmal sains, makmal komputer, perpustakaan dan pejabat dan asrama yang lengkap dengan kantin dan musollanya bagi menampung jumlah 300 orang pelajar.
 
Projek akan dibahagikan kepada dua fasa. Fasa pertama terdiri dari bangunan kelas, makmal-makmal, perpustakaan dan kantin sementara dalam fasa kedua akan dibina bangunan asrama dan musolla.
 
Bagi mengurangkan kos projek serta mempercepatkan pembinaan, semua bilik kelas akan dibina dari jenis kabin berbumbung dan lengkapi dengan hawa dingin sambil kantinnya pula bertiang besi dan terbuka. Bangunan-bangunan asrama akan menggunakan pembinaan konkrit biasa dengan ciri-ciri keselamatan yang mencukupi.
 
Kos keseluruhan projek dianggarkan RM7 juta dengan Fasa Pertama memerlukan RM3 juta.
 
Dengan pembinaan bilik-bilik kelas dari jenis kabin, adalah dijangka Fasa Pertama boleh disiapkan sebelum hujung 2018 dengan pelajar-pelajar kini dipindahkan ke situ bagi tahun 2019.
 
Maklumat lanjut. Sila klik di sini