Anda berada di: Halaman Utama

MAJLIS MEMPERINGATI ALMARHUMAH HAJAH MAHANUM BINTI ITAM

E-mail Cetak PDF

" SERAUT WAJAH SEJUTA BUDI "

alt

alt

alt

Pada 17 Ogos 2018 ( Jumaat ) telah berlangsung *Majlis Memperingati Almarhumah Hajah Mahanum binti Itam ( Mak Long ) : Seraut Wajah, Sejuta Budi* bagi memperingati pemergian Almarhumah Hajah Mahanum pada 19 Julai 2017 tahun lalu. Almarhumah yang merupakan seorang aktivitis kemasyarakatan semasa hayatnya, adalah salah seorang figura yang mendorong kepada kejayaan penubuhan SMITA.

Pihak sekolah juga mengambil kesempatan merasmikan *Dewan Hajah Mahanum* yang telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Pengarah SMITA, Tn Hj Zainuddin bin Alang Mamat. Ini bagi mengabadikan nama almarhumah di SMITA dan bagi mengenang jasa-jasa beliau kepada SMITA.

Majlis ini disempurnakan dengan ceramah berkaitan infaq yang telah disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Abdul Wahab Dawwam.

Semoga Allah swt mencucuri almarhumah dan memanjangkan amalan almarhumah, serta menerima dan mengganjarinya dengan syurga tertinggi. Amiin.