Anda berada di: Halaman Utama

WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS

E-mail Cetak PDF

alt

alt

alt

alt

alt

Pada 7 Januari yang lalu telah berlangsung Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan kepada Pengawas, Ketua Kelas dan Penolong, serta pimpinan BADAR sekolah. Majlis ini telah berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran Tuan Azlan Shah Bin Ahmad, Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS), Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak.

Majlis ini telah dimulai dengan bacaan doa dan alunan ayat-ayat Al-Quran dari pelajar, kemudian diteruskan dengan ucapan Tuan Pengetua, Ustaz Mohamad Akmal Aidi bin Kamarulzaman disusuli dengan ucapan Pegawai PPS, Tuan Azlan. Tuan Azlan telah menyentuh serba sedikit mengenai disiplin di asrama.

Acara kemuncak, penyerahan watikah telah disempurnakan oleh Tuan Azlan diiringi Tuan Pengetua. Para pengawas kemudiannya telah melafazkan ikrar pengawas sebagai perjanjian berkelakuan sebagai pemimpin pelajar yang bakal menjadi qudwah hasanah kepada pelajar-pelajar lain.

Semoga majlis seumpama ini menjadi titik permulaan pimpinan pelajar meneruskan agenda demi kecemerlangan semua pelajar SMITA dari segenap segi. InshaaAllah.